border=0

Friday 14 March 2014

Final Project Pelajar Semester Akhir Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Sekumpulan pelajar semester akhir iaitu pelajar semester 6 bagi program pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang, seramai 7 orang telah melaksanakan satu projek akhir dibawah subjek Tourism Project (HT620) bagi memenuhi 93 jam kredit matapelajaran secara keseluruhan yang melayakkan mereka untuk dianugerahkan segulung diploma. Kumpulan pelajar ini yang diketuai oleh Cik Norhidayah Farhana Binti Zainuddin telah melaksanakan satu projek membina laman blog rasmi bagi pihak Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, untuk meningkatkan promosi taman pertanian tersebut melalui kaedah E-Marketing dan secara tidak langsung bagi memperkenalkan kepada umum mengenai aktiviti Eko-Pelancongan yang boleh dilakukan di Taman Pertanian Jubli Perak. Bersama 6 orang rakan kuliah lain yang turut membantu iaitu Munirah, Nurfathiah, Nurul Hedzlina, Nur Asmida, Mimi Nabila dan Nor Zaini, projek kumpulan pelajar ini di bawah pantauan oleh pensyarah penasihat juga penyelaras subjek HT620 iaitu Encik Zulkifle. Kumpulan pelajar ini telah dibantu oleh Encik Aniszuddin Bin Abdul Aziz yang merupakan kem koordinator bagi pihak Eco Tec Explorer Centre di Taman Pertanian Jubli Perak. Rakan seperjuangan Encik Aniszuddin yang lain turut sama membantu dan memberi kerjasama yang baik terhadap kumpulan pelajar ini dalam misi mereka untuk menyiapkan projek akhir ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment