border=0

Thursday 13 March 2014

Pengenalan Taman Pertanian Jubli Perak SHAS Kuantan Pahang

Terletak di jalan pintas Kuantan-Kemaman, Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah ini dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'adzam Shah pada tanggal 24 Julai 1999. Taman Pertanian Jubli Perak ini merupakan salah satu pusat rekreasi dan pelancongan di Kuantan, Pahang, yang berkonsepkan 'Agricultural' dan 'Horticultural'. Banyak yang boleh didapati di Taman Pertanian ini antaranya dusun buah-buahan tempatan, taman herba, muzium pertanian, hutan rekreasi dan sebagainya. Selain itu, di Taman Pertanian ini juga terdapatnya sebuah kem perkhemahan yang sering menjadi tumpuan institusi pendidikan di kawasan sekitar Kuantan untuk sebarang aktiviti perkhemahan dan sukan lasak yang lain. Kem ini dikendalikan oleh Encik Aniszuddin Bin Abdul Aziz yang lebih mesra dipanggil Pok Din sebagai kem koordinatornya. Majlis resepsi perkhawinan juga turut sering diadakan di Taman Pertanian Jubli Perak ini. Tempat ini juga bersesuaian untuk dikunjungi pencinta alam semulajadi juga bagi mereka yang cintakan dunia fotografi.

1 comment:

  1. Salam.. boleh tau mcm mana nak contact taman pertanian jubli perak, kuantan ni ? Saya search office number kat google tapi itu number taman penyu kat kuantan.. salah number..

    ReplyDelete